Menurut laporan 9to5Mac , berikut adalah siri TV yang telah disahkan menerima naik taraf 4K percuma:
Kira-kira 49 siri TV telah dinaik taraf setakat ini, dan senarai ini dijangka terus bertambah apabila program ini dilancarkan sepenuhnya .
Perubahan ini melanjutkan dasar yang diperkenalkan Apple bersama-sama Apple TV 4K asal pada tahun 2017, apabila ia mula menaik taraf filem yang dibeli sebelum ini kepada kualiti 4K tanpa sebarang caj tambahan . Prinsip utama dasar ini adalah kandungan 4K dijual pada harga yang sama dengan HD — satu perbezaan ketara berbanding pesaing yang biasanya mengenakan harga premium untuk kandungan 4K .
Selama bertahun-tahun, manfaat naik taraf percuma ini hanya terpakai untuk filem, walaupun Apple sebelum ini ada menyatakan bahawa siri TV juga akan layak . Pelancaran baru ini akhirnya meletakkan siri TV di bawah payung yang sama.
Buka aplikasi Apple TV, pergi ke Pustaka (Library) anda, dan cari lencana 4K pada poster siri TV. Anda juga boleh memainkan mana-mana episod dan tatal ke bahagian maklumat untuk melihat resolusi yang sedang dimainkan .